Monday, 8 October 2012

BAB NABI MUHAMMAD SAW PEMBINA TAMADUN UMMAH

 

    BIODATA NABI MUHAMMAD

 

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh Lahir : Subuh hari Isnin, 12 RabiulAwal bersamman 20 April 571 Masihi 
  • Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama Ibu : Aminah binti Wahab binti Abdul Manaf
  • Pengasuh Pertama : Barakah Al-Habsyiyyah
  • Ibu Susu Pertama : Thuwaibah
  • Ibu Susu Kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah
  • Isteri-isteri Rasulullah :
    • Khadijah binti Khiwailid
    • Saudah Binti Zam’ah
    • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
    • Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
    • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
    • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
    • Zainab Binti Jahsy
    • Maimunah Binti Harith
    •  Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
    • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘  Ibu Orang Miskin)
  • Anak-anak Rasulullah
    • Qasim
    • Abdullah
    •  Ibrahim
    • Zainab
    •  Ruqaiyah
    • Ummi Kalthum
    • Fatimah Al-Zahra

          Kata-kata apresiasi para sahabat

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Wajahnya seperti bulan purnama
  •  Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah

       Amanah atau nasihat baginda
  • Amanah terhadap Allah dan Rasul
    • Maksud di sini ialah bertanggungjawab dengan sepenuh hati dalam mentaati semua suruhan dan menjauhi segala laranganNya, di mana-mana dan bila-bila masa, terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak.
  • Amanah terhadap diri sendiri
    • Maksud amanah dalam kategori ini ialah setiap individu muslim pasti memelihara seluruh pancaindera mereka, agar ianya boleh berfungsi untuk memberi kemanfaatan dan kecemerlangan pada dirinya sendiri sebagai hamba Allah yang tulin, sebagai contoh:

      Pancaindera mata : memastikan melihat perkara-perkara yang benar dan baik.
      Pancaindera mulut : Memastikan mengeluarkan kata-kata yang elok didengar.

      Pancaindera telinga : Memastikan mendengar perkara-perkara yang diizinkan agama.

      Pancaindera tangan : Memastikan membuat perkara-perkara disukai Allah.

      Pancaindera kaki : Memastikan berjalan ketempat yang diredhaiNya.


  • Amanah terhadap manusia
    • Amanah yang bersifat peribadi - Setiap individu mempunyai amanah dalam lingkungan keluarga, masyarakat dan lingkungan pekerjaan seperti: dia sebagai seorang suami dan dalam masa yang sama berperanan sebagai seorang pegawai, pensyarah, kerani, dan seumpamanya. bagi mereka ini, harus berhati-hati jangan mengabaikan di antara satu sama lain.
    • Amanah yang bersifat kepentingan umum - Seorang Hakim di Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya, tidak mempengaruhi fahaman mana-mana politik, pilih kasih, tidak pandang bulu dan seumpamanya.

No comments:

Post a Comment