Monday, 8 October 2012

BAB KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ


    Biodata Khalifah Abu Bakar



  • Nama :  Abdullah Bin Abu Qahafah.
  • Di kenali sebagai : Abdul Kaabah
  • Tarikh Lahir : Tahun 574M
  • Keturunan : Bani Tamin/Taim
  • Sahabat beliau yang telah berjaya di ISLAM :
    • Uthman Bin Affan
    • Zubair Bin al-Awwan
    • Abdul Rahman Bin Auf
         

       Proses Perlantikannya Sebagai Khalifah 

  • Ketika orang Islam sibuk dengan pengebumian Nabi, orang-orang Ansar telah berkumpul di Saqifah Bani Saidah bagi melantik Saad Bin Ubaidah, ketua puak Khazraj, sebagai khalifah.
  • Abu Bakar menerangkan bahawa jawatan khalifah sepatutnya diberi kepada keturunan Quraisy kerana Quraisy sangat berpengaruh.
  • Belia mencadangkan supaya sama ada Umar atau Abu Ubaidah dipilih. Umar sebaliknya telah mencadangkan supaya Abu Bakar sahaja dipilih memandangkan kelebihan yang dimilikinya.
  •  Umar telah membai'atkan Abu Bakar diikuti Abu Ubaidah dan seterusnya orang-orang yang ada dalam perhimpunan tersebut.
  • Abu Bakar telah membuat ucapan besar di antara lain menyebutkan bahawa umat Islam wajib mentaatinya selagi beliau masih mentaati Allah.
  • Sekiranya beliau melakukan kesalahan, adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk membetulkannya. Beliau telah menggalakkan umat Islam untuk melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.

  Jasa Khalifah Abu Bakar

  • Menyelesaikan Masalah Perebutan Jawatan Khalifah
    • Masalah ini berpunca cari nabi tidak menyebut siapakah yang akan dilantik untuk menggantikannya. Apabila baginda mangkat, timbullah masalah perebutan jawatan khalifah. Ada yang berpendapat jawatan khalifah hanya untuk orang Quraisy dan sesetengah menyebut ia hanya untuk Muhajirin.
    •  Abu Bakar telah memberi hujah yang sebaik-baiknya bahawa khalifah adalah ditujukan kepada orang Quraisy kerana orang Quraisy sangat berpengaruh.
    • Beliau telah mencadangkan sama ada Umar atau Abu Ubaidah dipilih tetapi Umar mencadangkan Abu Bakar dipilih sebagai khalifah. Abu Bakar telah mendapat persetujuan dari orang ramai dan menjadi khalifah pertama.
  • Gerakan Tentera Usamah
    • Sebelum nabi wafat, nabi telah membentuk sebuah pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang telah membunuh utusan nabi.
    • Sebelum pasukan ini digerakkan, nabi telah wafat dan apabila Abu Bakar menjadi khalifah, beliau mencadangkan untuk meneruskan gerakan tersebut tetapi telah dibantah oleh kebanyakan sahabat.
    • Abu Bakar telah menunjukkan ketegasannya walaupun kebanyakan sahabat berpendapat Usamah terlalu muda (18 tahun) untuk memikul tugas tersebut.
    • Ternyata beliau tidak mahu merombak keputusan yang telah dibuat oleh nabi dan dengan ketegasannya, 40 hari selepas tentera Usamah berperang, mereka kembali semula ke Madinah dengan membawa kejayaan malah dapat sama-sama membantu menyelesaikan masalah al-Riddah.
  • Pengumpulan al-Quran
    • Semasa nabi masih hidup, al-quran telah ditulis pada kulit-kulit binatang dan pelepah-pelepah kurma di samping hafalan para sahabat tetapi tulisan-tulisan tersebut tidak terkumpul di suatu tempat. 
    • Apabila berlakunya peperangan al-Riddah, ramai sahabat yang menghafal dan menyimpan al-Quran mati syahid sekali gus keadaan ini amat membimbangkan Abu Bakar.
    • Dengan menggunakan istihat Abu Bakar telah mengarahkan Zaid Bin Thabit untuk mengumpulkan tulisan al-Quran dan disimpan di rumah khalifah. Usaha ini tidak pernah dilakukan oleh nabi tetapi demi keselamatan orang Islam, Abu Bakar terpaksa melakukannya. Hal ini disebabkan al-Quran adalah sumber rujukan yang utama di dalam Islam.
  • Perlantikan Khalifah Kedua
    • Ketika Khalifah Abu Bakar sakit, beliau telah memanggil para sahabat meninjau fikiran mereka untuk mencari seorang tokoh yang bakal menjadi khalifah seterusnya.
    • Dari kebanyakan para sahabat telah bersetuju pendapat Abu Bakar untuk menjadikan Umar sebagai pengganti. 
    • Oleh itu, Uthman telah dilantik untuk menulis wasiat berhubung dengan perlantikan tersebut. 
    • Tindakan Abu Bakar ini bukan sahaja memeri peluang kepada Umar untuk memerintah negara Islam dan seterusnya melakukan usaha-usaha pembangunan, malah ia dapat mengelakkan berlakunya masalah perebutan jawatan khalifah seperti yang berlaku 

1 comment: