BAB PERKEMBANGAN ILMU DAN ILMUWAN ISLAM
1) Perubatan
a) Nama beliau ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu sina , atau dikenali sebagai Ibnu Sina . Orang barat memanggilnya dengan panggilan Avicenna .Ibnu Sina merupakan seorang cendikiawan islam yang memiliki pelbagai bidang ilmu. Antaranya tentang falsafah- falsafah dan perubatan. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan .
b) al-Qanun fi Al-Tibb :
sebagai sebuah teks perubatan yang teragung yang pernah ditulis sebagai “injil perubatan”. Buku ini membicarakan tentang asas-asas umum, buku-buku ubatan simple(biasa), buku penyakit organ-organ tertentu, buku penyakit yanjg biasanya merebak ke seluruh badan dan buku ubat-ubatan ‘compound’(sebatian).
c) Sumbangan terbesar beliau ialah :
a)Telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam ilmu perubatan
b)Penemuan beliau dalam bidang perubatan yang dikenali pada hari ini sebagai psikosomatis(psikosomatic medicine)
c)Memperkenalkan ilmu diagnotis untuk mengenalpasti ketidakseimbangan humur yang berkenaan dan ia masih dipraktikkan oleh para doktor muslim di Pakistan, Afganistan dan Parsi.
d)Seorang doktor dari Amerika melaporkan bahawa para hakim di afganistan, China dan India dan parsi sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung
e)Menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.
f)Ibnu Sina adalah doktor yang pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah penyakit yang boleh berjangkit.
2) Astronomi
a) Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
b) Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
- Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
- ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
- Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
- Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
- Al-Amal bi’ Usturlab’
- Al-Tarikh
- Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
No comments:
Post a Comment