BAB CARA CARA ISLAM MELINDUNGI HAK PEKERJA
1. UPAH
Di dalam Islam , asa penentuan upah atau haji hendaklah memenuhi keperluan asasi seseorang . Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
" Hamba (pekerja) hendaklah diberikan makanan dan pakaian."
(Riwayat Muslim)
2. PENENTUAN TEMPOH PEKERJAAN
Pada permulaam Revolusi Industri , tempoh bekerja antara 12-16 jam adalah perkara biasa. Pada bulan Mei 1880 , para pekerja di Chicago melakukan mogok untuk menuntut tempoh bekerja selama 8 jam dan permintaan akhirnya diterima . Rasulullah SAW bersabda :
"Janganlah kamu membebankan pekerja di luar kemampuannya"
(Riwayat Bukhari)
3. BENTUK PEKERJAAN
Majikan hendaklah memaklumkan bentuk pekerjaan yang akan dikerjakan oleh pekerja daripada awal . Majikan harus menganggap pekerjanya sebagai seorang yang merdeka yang setaraf dengannya tanpa mengarahkan sesuatu diluar kemampuan pekerjanya.
4. HAK MEMILIH PEKERJAAN
Islam memberi dan mempertahankan hak ini kepada pekerja . Rasulullah SAW bersabda :
"Seluruh dunia , semua negara adalah milik Allah , manusia adalah makhluk Allah . Di mana sahaja anda dapati ada kebaikan (kebajikan) , maka pergilah . Islam tidak menahan kamu dalam hal ini . Malah , Islam memerintahkan kamu supaya bertebaran di muka untuk mencari rezeki."
5. KEBERSIHAN
Majikan hendaklah memilih tempat kerja yang bersih untuk menjaga kesihatan pekerja. Banyak tugas dalam dunia perindustrian yang kompleks menjadikan pekerja mangsa "penyakit industri" seperti pekak, kurang penglihatan kerana mengimpal, racun dan lain-lain.
6. TANGGUNGJAWAB TERHADAP UNTUNG DAN RUGI
Menurut Islam , upah tidak boleh dikurangkan kecuali dipersetujui pleh pekerja. Majikan yang akan menanggung kerugian yang bukan disebabkan oleh kecuaian pekerja .
7. JAMINAN KESELAMATAN PERKHIDMATAN
Islam memberikan perhatian khusus dalam perkara ini . Terdapat banyak pertubuhan yang menjaga kebajikan pekerja antaranya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) , Pertubuhan Keselamat Sosial (PERKESO) dan lain-lain lagi .